Sunday, July 26, 2009
Monday, July 20, 2009
JAMBORI UNIT AMAL TERENGGANU 2009
Hulu Terengganu, 18 Julai 2009 - Jambori Unit AMAL Terengganu 2009 yang telah dilaksanakan di Kg. Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu selama tiga hari pada 16 - 18 Julai 2009 berlansung dengan penuh semangat ukhuwah fillah, muhasabah dan tingkatkan daya juang. Lokasi di sebelah sungai Terengganu yang deras, berhulukan Tasik Kenyir dan berlanskapkan hutan hujan tropika menjadikan jambori kali ini mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Jambori ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor B Hamzah dengan kalimah juang "Siru ala barakatillah". Turut hadir semasa perasmian ialah Bendahari Perhubungan PAS Terengganu, Tn Hj Mahyudin B Abd Rashid yang turut menyuntik semangat baru pada AMAL Terengganu.
Hari kedua, malam taujihad bersama Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia, Cikgu Hussin cukup memberi suatu muhasabah bagi AMAL Terengganu. Harapan, pandangan dan cadangan beliau yang juga merupakan pelopor bagi Unit AMAL Malaysia suatu ketika dulu ternyata membangkitkan semangat kepada Pengarah, Ust Saiful Ambia dalam membawa perubahan kepada Unit AMAL Terengganu.
Antara aktiviti-aktiviti Jambori AMAL Terengganu 2009 :
- Qiamulail mujahid & kuliah
- Riadah ala AMAL
- Gotong royong ke cawangan-cawangan sasaran
- Ziarah & sumbangan fakir miskin / ibu tunggal
- Sukan sport & Sukaneka
- Malam kesenian
- Taujihad AMAL bersama Yayasan AMAL Malaysia
- Larian AMAL
- Pertunjukan kecemasan
- Pertandingan kawad
- Pertandingan memancing
- Pertandingan khemah cantik & kemas
Gambar-gambar sekitar Jambori Unit AMAL Terengganu 2009 :
Urusetia Jambori AMAL Terengganu
Pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Pemuda DPPNT, Ust M Nor Hamzah
Perbarisan peserta Jambori Unit AMAL Terengganu
Bendahari Perhubungan PAS Terengganu, Tn Hj Mahyudin memberi suntikan semangat baru
Mesyuarat & posmortem harian AJK Jambori
Kontijen AMAL K. Terengganu tengah alas perut
Akhirnya.. makan malam dah ready
Qiamulail para mujahid
Kuliyah subuh Tn Pengarah AMAL Negeri - bersemangat serta mengusyukkan
Riadah ala AMAL - betulkan tulang belakang
Riadah ala AMAL - betulkan lutut dan sendi kaki
Riadah sebenar ala AMAL - gohed gostan cerun bukit
"Saf sedia!" - pembahagian kumpulan untuk gotong royong
Inilah pelapis-pelapis Unit AMAL Negeri yang sedia terima kerahan tenaga.. "Al Amalulillah!"
Wednesday, July 15, 2009
Jambori Unit Amal Terengganu 2009
16 hingga 18 Julai 2009
di Kampung Gaung, Kuala Berang
Setiap Kawasan diminta menghantar 50 orang peserta.
Maklumat lanjut, Sila Hubungi :
Pengarah Unit Amal Kawasan masing-masing
Subscribe to:
Posts (Atom)