Hulu Terengganu, 18 Julai 2009 - Jambori Unit AMAL Terengganu 2009 yang telah dilaksanakan di Kg. Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu selama tiga hari pada 16 - 18 Julai 2009 berlansung dengan penuh semangat ukhuwah fillah, muhasabah dan tingkatkan daya juang. Lokasi di sebelah sungai Terengganu yang deras, berhulukan Tasik Kenyir dan berlanskapkan hutan hujan tropika menjadikan jambori kali ini mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Jambori ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor B Hamzah dengan kalimah juang "Siru ala barakatillah". Turut hadir semasa perasmian ialah Bendahari Perhubungan PAS Terengganu, Tn Hj Mahyudin B Abd Rashid yang turut menyuntik semangat baru pada AMAL Terengganu.

Hari kedua, malam taujihad bersama Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia, Cikgu Hussin cukup memberi suatu muhasabah bagi AMAL Terengganu. Harapan, pandangan dan cadangan beliau yang juga merupakan pelopor bagi Unit AMAL Malaysia suatu ketika dulu ternyata membangkitkan semangat kepada Pengarah, Ust Saiful Ambia dalam membawa perubahan kepada Unit AMAL Terengganu.


Antara aktiviti-aktiviti Jambori AMAL Terengganu 2009 :
- Qiamulail mujahid & kuliah
- Riadah ala AMAL
- Gotong royong ke cawangan-cawangan sasaran
- Ziarah & sumbangan fakir miskin / ibu tunggal
- Sukan sport & Sukaneka
- Malam kesenian
- Taujihad AMAL bersama Yayasan AMAL Malaysia
- Larian AMAL
- Pertunjukan kecemasan
- Pertandingan kawad
- Pertandingan memancing
- Pertandingan khemah cantik & kemas
Gambar-gambar sekitar Jambori Unit AMAL Terengganu 2009 :
Urusetia Jambori AMAL Terengganu 
Pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Pemuda DPPNT, Ust M Nor Hamzah
Perbarisan peserta Jambori Unit AMAL Terengganu
Ketua Pemuda DPPNT bersama barisan kepimpinan negeri mengalunkan lagu AMAL
Bendahari Perhubungan PAS Terengganu, Tn Hj Mahyudin memberi suntikan semangat baru

Mesyuarat & posmortem harian AJK Jambori
Tiup-tiup dapur nak masak makan malam
"JazakAllahukhair ustaz KP!" - agaknya itulah ucapan Pengarah AMAL Negeri, Ust Saiful Ambia 
Perasmi dan delegasi mengambil tempat untuk makan malam
Kontijen AMAL K. Terengganu tengah alas perut
Akhirnya.. makan malam dah ready
Qiamulail para mujahid
Kuliyah subuh Tn Pengarah AMAL Negeri - bersemangat serta mengusyukkan
Warm-up untuk riadah pagi
Riadah ala AMAL - betulkan tulang belakang
Riadah ala AMAL - betulkan lutut dan sendi kaki
Riadah ala AMAL - betulkan tengkuk
Riadah sebenar ala AMAL - gohed gostan cerun bukit

"Saf sedia!" - pembahagian kumpulan untuk gotong royong
Inilah pelapis-pelapis Unit AMAL Negeri yang sedia terima kerahan tenaga.. "Al Amalulillah!"
Gotong royong bina madrasah di caw Kg Tanjung Putat
Maghi makan durian dulu - Kg Tajin
Gotong royong pasang papan tanda masjid caw Kg Tajin
Alhamdulillah.. lauk kambing hari ni
Gotong royong bersih kubur 
Gotong royong bersih masjid

Tn Hj Mahyudin turut serta dalam gotong royong bina dapur Masjid Kg Tajin
Gandingan Pengarah AMAL Negeri & Bendahari Perhubungan Negeri dalam gotong royong
Gotong royong mengecat surau di caw Kg Telaga
Pekena durian lagi - Kg Tanjung Putat
Gotong royong bina madrasah caw Kg Tanjung PutatGotong royong bina Musolla di Kg Gaung
Khemah kontijen Taman Islam
Bakal juara ?
Pertandingan memancing - semua pemenang
Motivasi oleh Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia (yang juga antara pengasas unit AMAL Malaysia)
Kak Ros.. AMAL Nisa pertama
Ziarah & sumbangan fakir miskin
Ziarah & sumbangan fakir miskin
Ziarah & sumbangan fakir miskin
Ziarah & sumbangan fakir miskin / bapa tunggal