Muktamar PAS kali ke-56
PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan - 29 Jamadil Akhir 1431H / 11 Jun 2010
Muktamar PAS kali ke-56 ini melihatkan Jabatan AMAL bertugas mengawal lalulintas. Alhamdulillah dengan kerjasama semua unit amal kawasan-kawasan, muktamar yang gilang-gemilang ini berjalan dengan lancar. Bagi Jabatan AMAL Negeri Terengganu sendiri, skuad trafik negeri diketuai oleh Sdr Wan Halim. Al amalulillah... Takbir !
Tema bagi Muktamar kali ke-56 ini adalah "ISLAM ADIL UNTUK SEMUA" di mana Tn Guru Presiden, menekankan tentang :
1. Tanggungjawab Islam dalam masyarakat majmuk
2. Pemerkasaan Parti & Tarbiyyah
3. Peranan Majlis Syura Ulama'
4. Peranan Pimpinan Pusat
5. Peranan Dewan Ulama'
6. Peranan Dewan Pemuda
7. Peranan Dewan Muslimat
8. Peranan Dewan Himpunan Penyokong
9. Konsep Federalisma & Masa Depan Negara
10. Krisis Nilai, Sosial & Ekonomi
11. Peranan PAS di peringkat antarabangsa
12. Tindakan setiap ahli & kepimpinan
Semoga ucapan dasar Tn Guru Presiden ini diperbahaskan dan diperhalusi di peringkat Jabatan AMAL sendiri dan menjadi asas bagi gerak-kerja Jabatan AMAL khususnya di Negeri Terengganu.
Siru 'ala barakatillah. Takbir! Takbir! Takbir!
syabas unit amal terengganu....
cuma saya harap ruangan ini dikemaskini selalu..
baru amal kita maju dan nampak kekuatan...
beramal kerana ALLAH SWT..
http://clivicolaonline.blogspot.com/
camana nk join unit amal?
Post a Comment