Jabatan AMAL Negeri Terengganu pada hari ini telah menganjurkan makan malam bersama Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS bertempat di Restoran Suriya Rasa, Rusila, Marang.
Makan malam ini adalah antaranya bertujuan bagi mengumpul dana bagi Jabatan AMAL Negeri Terengganu.
Sementara menunggu jemputan, rakaman & slide show aktiviti Jabatan AMAL Terengganu telah ditayangkan. Antara aktiviti yang menjadi kenangan manis seperti misi kemanusiaan semasa banjir di Johor, gotong royong, aktiviti kebajikan dan pelbagai lagi.
Jemputan khas daripada Shoutul Amal juga dijemput menghiburkan para tetamu. Alunan nasyid yang disampaikan memang tidak lekang dek zaman.
Acara kemuncak adalah ucapan daripada Tn Guru Presiden. Antara yang ditekankan oleh Tn Guru adalah sambutan masyarakat di Sibu kepada PAS. Semasa pilihanraya kecil tersebut, PAS diperkenalkan kepada masyarakat maka tertubuhnya cawangan PAS di situ. Tn Guru Presiden juga menekankan tugas Jabatan AMAL kepada masyarakat terutamanya dalam khidmat kebajikan.
Syabas diucapkan kepada Jabatan AMAL Negeri Terengganu.
20hb Okt 2009 – Sekumpulan 6 orang petugas dari Yayasan Amal Terengganu telah bertolak ke Pariaman, Padang, Indonesia bermula dari 15hb Okt 2009 selama 4 hari, bagi misi kemanusiaan setelah bumi Minang tersebut dilanda kegoncangan gempa bumi pada kekuatan 7.6 S.R pada 30hb September 2009 baru-baru ini.
Kumpulan kedua dari Yayasan Amal Malaysia ini telah diberikan tugasan untuk membantu mencapai sasaran menyediakan 12 telaga sumber air bersih yang sangat – sangat diperlukan oleh masyarakat yang ditimpa musibah kepada beberapa buah kampung di persekitaran POSKO di kampong Lubuk Pandan yang menjadi pusat operasi kami di sana. Dengan kepakaran teknologi penyediaan “tube-well” yang banyak dipraktikkan di negeri Kelantan & Terengganu, Yayasan Amal Malaysia berkeyakinan, keperluan mendesak kepada sumber bekalan air bersih itu dapat dipenuhi.
Misi Kebajikan dan Kemanusiaan mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.
Di antara kampung yang berjaya disiapkan sumber air bersih itu adalah Kampung Lubuk Pandan, Kampung Si Gaung, Kampung Segenting, Kampung Penyalai dan Kampung Teluk Asam. Tidak dapat digambarkan, kegembiraan bagi penduduk setempat apabila setiap kali kerja – kerja mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan mereka siap diusahakan.
“Kami merasa puas apabila setiap satu telaga disiapkan disambut dengan gembira oleh penduduk kampung, walaupun badan kami keletihan” ujar Mohamad dari Dungun yang mana penggalian telaga kaedah ini sudah tidak asing bagi dirinya di Dungun, Terengganu.
Bagi En Zaradi Bin Su, 44 tahun, beliau merasa amat berterima kasih kepada ke semua penyumbang-penyumbang yang telah menderma melaluinya sebelum beliau berangkat mengikuti misi Yayasan Amal Terengganu ke Padang. “ Banyak yang telah dimanfaatkan hasil sumbangan orang ramai, antaranya pembelian peralatan, paip, pam air dan keperluan-keperluan lain”, ujarnya.
Pada hari keempat misi kedua Yayasan Amal di sana, satu program bersama masyarakat setempat telah disusun untuk majlis pengagihan selimut dan sumbangan makanan kepada kanak-kanak. Dalam majlis itu juga, penduduk di situ telah dimaklumkan dengan usaha kami bagi menyegerakan penggalian telaga air bersih dan kerja-kerja kaunseling kepada pelajar di sekolah-sekolah. Berkebetulan juga, di lokasi majlis tersebut, terdapat sebuah telaga yang siap dibina telah menjadi ikon perasmian “sumur bor” (Tube-well) Yayasan Amal Malaysia.
“Dianggarkan, tidak kurang dari 200 orang penduduk telah mengambil kesempatan menerima sumbangan derma dari kami, rata-rata mereka meluahkan rasa amat bersyukur dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada kami, ini sekaligus, menolak provokasi pihak media tentang adanya konfrontasi antara Malaysia – Indonesia. Kami diberi layanan dan kerjasama yang baik dari kesemua penduduk yang ditemui”- ulas Wan Adib dari Paka.
Dalam majlis yang diadakan pada sebelah petang hari kempat operasi itu, Selimut, Sarung dan beberapa jenis makanan keperluan telah selamat diagihkan kepada lebih 200 orang penduduk. Rombongan bertolak kembali ke tanahair pada 20hb Oktober 2009, Selasa.
Peserta misi kedua Yayasan Amal Malaysia Terengganu :- Mohd Saifuddin Awang Mohd Zuber Salim Wan Mohd Adib Wan Zain Mohd Zaradi Bin Su Mohammad Bin Jusoh Mohd Sabri Abu Bakar
Hulu Terengganu, 18 Julai 2009 - Jambori Unit AMAL Terengganu 2009 yang telah dilaksanakan di Kg. Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu selama tiga hari pada 16 - 18 Julai 2009 berlansung dengan penuh semangat ukhuwah fillah, muhasabah dan tingkatkan daya juang. Lokasi di sebelah sungai Terengganu yang deras, berhulukan Tasik Kenyir dan berlanskapkan hutan hujan tropika menjadikan jambori kali ini mempunyai cabarannya yang tersendiri.
Jambori ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor B Hamzah dengan kalimah juang "Siru ala barakatillah". Turut hadir semasa perasmian ialah Bendahari Perhubungan PAS Terengganu, Tn Hj Mahyudin B Abd Rashid yang turut menyuntik semangat baru pada AMAL Terengganu.
Hari kedua, malam taujihad bersama Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia, Cikgu Hussin cukup memberi suatu muhasabah bagi AMAL Terengganu. Harapan, pandangan dan cadangan beliau yang juga merupakan pelopor bagi Unit AMAL Malaysia suatu ketika dulu ternyata membangkitkan semangat kepada Pengarah, Ust Saiful Ambia dalam membawa perubahan kepada Unit AMAL Terengganu.
Antara aktiviti-aktiviti Jambori AMAL Terengganu 2009 :
Qiamulail mujahid & kuliah
Riadah ala AMAL
Gotong royong ke cawangan-cawangan sasaran
Ziarah & sumbangan fakir miskin / ibu tunggal
Sukan sport & Sukaneka
Malam kesenian
Taujihad AMAL bersama Yayasan AMAL Malaysia
Larian AMAL
Pertunjukan kecemasan
Pertandingan kawad
Pertandingan memancing
Pertandingan khemah cantik & kemas
Gambar-gambar sekitar Jambori Unit AMAL Terengganu 2009 :
Urusetia Jambori AMAL Terengganu
Pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Pemuda DPPNT, Ust M Nor Hamzah
Perbarisan peserta Jambori Unit AMAL Terengganu
Ketua Pemuda DPPNT bersama barisan kepimpinan negeri mengalunkan lagu AMAL
Bendahari Perhubungan PAS Terengganu, Tn Hj Mahyudin memberi suntikan semangat baru